Menurut Abdul Raheem dalam bukunya 'Muhammad The Prophet', tidak siapapun yg tahu tarikh sebenar Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan. Ada riwayat yg menyatakan baginda lahir pada 1,8,10, dan 12 hb Rabi'ul Awwal, tetapi semuanya bersetuju bahawa baginda sallallahu 'alaihi wasallam lahir pada hari Isnin pada bulan itu.
Rasulullah lahir di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi Isnin 9hb Rabi'ul Awwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman al-Mansurpuri dan pentahkik Falak Mahmud Basya.
[Lihat: Rahiq al-Makhtum, hlmn 69]